Friday, July 24, 2009

akhirnya...

setelah sebulan mengharungi jem yang kadangkala mampu membuatkan aku terlupa sedang berpuasa pada hari itu, hari ini adalah hari terakhir kaki ini dijejakkan di IPGM Kampus Bahasa Melayu sebagai peserta kursus bestari ambilan 2, 2009.

adakalanya malas rasanya nak panjat 4 tingkat ke makmal bestari 2, adakalanya memang tak disentuh langsung cd2 modul yang dibekalkan, adakalanya tak tertumpu perhatian pada butir bicara pensyarah di depan...namun yang pasti, kenangan tercipta bersama rakan2 kursus akan diingati.

buat rakan2...

shira, terima kasih kerana menumpangkan aku saban hari pergi dan balik... kak norma yang banyak membantu dalam bersama menghabiskan tugasan PBL, akmal n CIKGU shahrizan yang sudi berkongsi ilmu dan kepakaran, abg rahadi, nordin, fakhruddin, jonid, dan nazri-nazri yang tak jemu2 menceriakan kelas dengan gelagat dan karenah mereka, kak raihan dan oya yang bertungkus lumus menyiapkan buku program yang menarik, kak yati yang sering membantu diri ini agar mengingati Allah, kak bella yang menggamatkan kelas dengan ketawa uniknya, eton yang tak dapat dipisahkan dengan ferrari merahnya, hidayah dan faten yang tak pernah berenggang, kak siti fatimah yang pendiam, hanisah yang paling muda diantara semua,dan yang paling utama..abg zul selaku monitor yang berkaliber, insan yang paling banyak "berusaha" untuk rakan sekelas ini. dan tak lupa, en.yusoff, penyelaras kursus bestari ambilan 2 merangkap pensyarah dan pengganti pensyarah yang tak dapat hadir ke kelas. terima kasih banyak2 en. yusoff, moga panjang umur, dapat jumpa lagi..

in the end, memang tak rugi attend kursus macam ni sebab ternyatalah kitainimemangditakdirkan untukbelajarseumur hidup. sungguhpun at one point we have learnt about it, tapi pasti akan ada perkara baru yang dipelajari dari perkara yang sama.

sheesh... who am i kidding... it's not even a day and i'm already missing them.



No comments:

Post a Comment